Apakah kalian melihat timbunan ini? Demikianlah dosa-dosa seseorang yang terhimpun

TEKS BAHASA ARAB

أترون هذا؟ فكذلك تجتمع الذنوب على الرجل منكم كما جمعتم هذا فليتق الله رجل فلا يذنب صغيرة ولا كبيرة فإنها محصاة عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apakah kalian melihat timbunan ini? Demikianlah dosa-dosa seseorang yang terhimpun, sepertimana kalian himpunkan benda-benda ini. Jadi, hendaklah seseorang itu bertakwa kepada Allah dengan tidak melakukan sebarang dosa kecil mahupun besar kerana itu semua akan dikira.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1099-1100, hadis nombor 5575. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سعد بن جنادة لما فرغ رسول الله صلى الله عليه وسلم من حنين نزلنا قفرًا مِنَ الأرض ليس فيه شيء. فقال النبي صلى الله عليه وسلم: اجْمَعُوا مَنْ وَجَدَ عُودًا فَلْيَأْتِ بِهِ وَمَنْ وَجَدَ عَظْمًا أَوْ شَيْئًا فَلْيَأْتِ بِهِ. قَالَ: فَمَا كَانَ إِلا سَاعَةً حَتَّى جَعَلْنَاهُ رُكَامًا فَقَالَ: أَتَرَوْنَ هَذَا؟، فَكَذَلِكَ تَجْتَمِعُ الذُّنُوبُ عَلَى الرَّجُلِ مِنْكُمْ كَمَا جَمَعْتُمْ هَذَا، فَلْيَتَّقِ اللَّهَ رَجُلٌ فَلا يُذْنِبْ صَغِيرَةً وَلا كَبِيرَةً، فَإِنَّهَا مُحْصَاةٌ عَلَيْهِ. [طب، الضعيفة (6879)].

(Lemah) Daripada Sa‘d bin Junadah, beliau menceritakan: Setelah Rasulullah SAW selesai daripada peperangan Hunain, kami berhenti di sebuah tanah tinggalan yang tiada apa-apa. Nabi SAW mengarahkan: Kumpulkan kayu, jika jumpa tulang-belulang atau apa-apa, kumpulkan juga. Sa’ad bin Junadah berkata : Setelah beberapa ketika, kami berjaya mengumpulkan dan menjadikannya timbunan. Nabi SAW bersabda: Apakah kalian melihat timbunan ini? Demikianlah dosa-dosa seseorang yang terhimpun, sepertimana kalian himpunkan benda-benda ini. Jadi, hendaklah seseorang itu bertakwa kepada Allah dengan tidak melakukan sebarang dosa kecil mahupun besar kerana itu semua akan dikira. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6879]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs