TEKS BAHASA ARAB
أغبوا العيادة، وخير العيادة أخفها، إلا أن يكون مغلوبا فلا يعاد، والتعزية مرة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Selang-selikanlah hari dalam mengunjungi orang sakit dan sebaik-baik ziarah orang yang sakit adalah yang paling singkat, melainkan dia merupakan orang yang hilang akal maka dia tidak dikunjungi, dan ucapan takziah ialah sekali sahaja.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1170, hadis nombor 5916. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: ((أغبوا العيادة، وخير العيادة أخفها، إلا أن يكون مغلوبا فلا يعاد، والتعزية مرة)). [الخطيب في ((الموضح))، ((الضعيفة)) (1645)]
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Selang-selikanlah hari dalam mengunjungi orang sakit dan sebaik-baik ziarah orang yang sakit adalah yang paling singkat, melainkan dia merupakan orang yang hilang akal maka dia tidak dikunjungi, dan ucapan takziah ialah sekali sahaja. [Riwayat al-Khatib dalam al-Muwaddih. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1645].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.