Apabila selamat hari Jumaat maka selamat hari-harinya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إذا سلمت الجمعة سلمت الأيام وإذا سلم رمضان سلمت السنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Apabila selamat hari Jumaat maka selamat hari-harinya dan apabila selamat Ramadhan maka selamatlah tahun tersebut.

STATUS

Terdapat Perawi Pendusta Pada Sanadnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 93, hadis nombor 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الدارقطني عن عائشة مرفوعا وفي إسناده: عبد العزيز بن أبان وهو كذاب.
وقد أخرجه البيهقي في الشعب من طريقه ورواه أبو نعيم في الحلية بإسناد آخر من غير طريقه فيه أحمد بن جمهور وهو متهم بالكذب.

Al-Daraqutni meriwayatkan daripada Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) dan pada sanadnya terdapat Abdul Aziz bin Aban dan dia adalah seorang pendusta.
Al-Baihaqi meriwayatkan di dalam kitabnya al-Syu‘ab melalui jalan al-Daraqutni. Abu Nu‘aim meriwayatkan di dalam al-Hilyah dengan sanad yang lain bukan melalui jalan al-Baihaqi dan padanya terdapat perawi bernama Ahmad bin Jumhur dan dia dituduh sebagai berdusta.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Tags: Ramadan,

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs