Barang siapa yang sakit satu malam dan menerimanya serta melaksanakan hak yang sepatutnya dia lakukan, akan ditulis baginya ibadah selama empat puluh tahun

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

مَنْ مَرِضَ ليلةً فَقَبِلها بقَبُولها وأدَّى الحقَّ الذي يَلْزَمُه فيها، كُتِبَتْ له عِبادةُ [أربعينَ] سنةً، وما زادَ فعلى قَدْرِ ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang sakit pada satu malam dan menerimanya serta melaksanakan hak yang sepatutnya dia lakukan, akan ditulis baginya ibadah selama empat puluh tahun dan jika lebih maka ia mengikut kadarnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1765, hadis nombor 8886. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((مَنْ مَرِضَ ليلةً فَقَبِلها بقَبُولها وأدَّى الحقَّ الذي يَلْزَمُه فيها، كُتِبَتْ له عِبادةُ [أربعينَ] سنةً، وما زادَ فعلى قَدْرِ ذلك.)) [بحشل في ((تاريخ واسط))، ((الضعيفة)) (6039)].

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang sakit pada satu malam dan menerimanya serta melaksanakan hak yang sepatutnya dia lakukan, akan ditulis baginya ibadah selama empat puluh tahun dan jika lebih maka ia mengikut kadarnya.))
[Riwayat Bahshal dalam Tarikh Wasit. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6039].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.