Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رَفْعُ الأَيْدِي مِنَ الاِسْتِكَانَةِ الَّتِي قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: {فَمَا اسْتَكَانُوا لِرَبِّهِمْ وَمَا يَتَضَرَّعُونَ}.
Teks Bahasa Melayu
Mengangkat tangan adalah termasuk dalam merendahkan diri yang Allah firmankan: “Mereka tidak merendahkan diri mereka, tidak pula menunduk kepada-Nya."
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 337, hadis no. 1768. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada ‘Ali RA, beliau berkata: Ketika surah ini turun kepada Nabi ﷺ: "Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)." (al-Kauthar); Nabi ﷺ bertanya kepada Jibrail: “Apakah korban yang Allah perintahkan aku ini?” Jibrail menjawab: “Bukan korban, tetapi Dia memerintahkanmu untuk mengangkat kedua-dua tanganmu ketika takbiratulihram solat, ketika rukuk dan ketika kamu mengangkat kepalamu dari rukuk. Sesungguhnya ia adalah termasuk solat kami dan solat para malaikat yang berada di tujuh petala langit. Bagi setiap perkara ada hiasan, dan hiasan solat ialah mengangkat tangan ketika setiap takbir." Beliau berkata: Nabi ﷺ bersabda: “Mengangkat tangan adalah termasuk dalam merendahkan diri yang Allah firmankan: “Mereka tidak merendahkan diri mereka, tidak pula menunduk kepada-Nya.” [Beliau berkata: itulah menundukkan diri]. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du'afa', Ibn Abi Hatim dalam al-Tafsir, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Bayhaqi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6008].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman