TEKS BAHASA ARAB
نُهِينا – يعني: النساءَ – عن زيارةِ القبورِ، ولم يُعْزَمْ علينا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kami dilarang – iaitu orang perempuan – daripada menziarahi kubur namun bukanlah dilarang (dengan larangan) yang keras.
STATUS
Tiada asalnya dengan lafaz ziarah kubur. Lafaz yang sebenar ialah: Kami (wanita) dilarang untuk mengiringi mayat.
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1765, hadis nombor 8887. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له بلفظ: ((الزيارة)) نُهينا – يعني : النساءَ – عن زيارةِ القبورِ ، ولم يَعزِمْ علَيْنا. [وقد أورده هكذا ابن قدامة المقدسي في ((المغني))، ((الضعيفة)) (6446).
(Tiada asalnya dengan lafaz ziarah kubur. Lafaz yang sebenar ialah: Kami (wanita) dilarang untuk mengiringi mayat.)
Kami dilarang – iaitu orang perempuan – daripada menziarahi kubur namun bukanlah dilarang (dengan larangan) yang keras.
[Disebutkan oleh Ibn Qudamah dalam al-Mughni. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 6446].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.