Barang siapa yang mengiringi jenazah, maka dia harus mengangkat bucu katil (keranda) semuanya, kerana sesungguhnya ia daripada sunnah

TEKS BAHASA ARAB

من اتبع جنازة فليحمل بجوانب السرير كلها؛ فإنه من السنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mengiringi jenazah, maka dia harus mengangkat bucu katil (keranda) semuanya, kerana sesungguhnya ia daripada sunnah

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1747, hadis nombor 8803. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدِ اللهِ بنِ مَسعودٍ -رضي الله عنه- قال: ((مَنِ اتَّبَعَ جِنازةً فلْيحمِلْ بجوانِبِ السَّريرِ كلِّها؛ فإنَّه مِنَ السُّنَّةِ.)) [هـ، الطيالسي، ((الضعيفة)) (4530)].

(Lemah)
Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud RA, beliau berkata:((Barang siapa yang mengiringi jenazah, maka dia harus mengangkat bucu katil (keranda) semuanya, kerana sesungguhnya ia daripada sunnah)).
[Riwayat Sunan Ibn Majah, al-Toyalisi. Lihat Sislsilah al-Da'ifah no. 4530].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs