Apabila turun kepada salah seorang daripada kamu kepayahan, kekeliruan, kesakitan, kegelinciran, kesempitan hidup

TEKS BAHASA ARAB

عن أسماء قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (هل في البيت إلا أنتم يا ابن عبد المطلب؟) قلنا: لا يا رسول الله، قال: (إذا نزل بأحدكم هم، أو غم، أو سقم، أو أزل، أو لأواء فليقل: الله، الله ربي، لا أشرك به شيئا).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang daripada kamu diuji dengan kepayahan, kekeliruan, kesakitan, kegelinciran (dalam dosa), atau kesempitan hidup, maka sebutlah: Allah Allah Tuhanku, aku tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1730, hadis nombor 8703. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أسماء -رضي الله عنها- قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((هل في البيت إلا أنتم يا ابن عبد المطلب؟)) قلنا: لا يا رسول الله، قال: ((إذا نزل بأحدكم هم، أو غم، أو سقم، أو أزل، أو لأواء فليقل: الله، الله ربي، لا أشرك به شيئا)).

(Lemah)
Daripada Asma’ RA berkata: Rasulullah SAW bertanya: ((Adakah kalian sahaja yang sedang berada di rumah (sekarang ini) Wahai Bani Abdul Mutalib? Kami menjawab: Tidak, wahai Rasulullah. Baginda bersabda: ((Apabila salah seorang daripada kamu diuji dengan kepayahan, kekeliruan, kesakitan, kegelinciran (dalam dosa), atau kesempitan hidup, maka sebutlah: Allah Allah Tuhanku, aku tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu.))
[Riwayat al-Khatib dalam al-Tarikh. Silsilah al-Da'ifah no. 2714].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.