Barang siapa yang mati pada waktu pagi, maka tidak akan tidur tengah hari melainkan di dalam kuburnya

TEKS BAHASA ARAB

من مات غدوة فلا يقيلن إلا في قبره، ومن مات عشية فلا يبيتن إلا في قبره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mati pada waktu pagi, maka tidak akan tidur tengah hari melainkan di dalam kuburnya. Dan barang siapa yang mati pada waktu malam, maka dia tidak akan tidur malam melainkan di dalam kuburnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1748, hadis nombor 8810. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((من مات غدوة فلا يقيلن إلا في قبره، ومن مات عشية فلا يبيتن إلا في قبره.)) [عد، ((الضعيفة)) (4659)].

(Lemah)
Daripada Ibnu Umar RA, secara marfu’-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Barang siapa yang mati pada waktu pagi, maka tidak akan tidur tengah hari melainkan di dalam kuburnya. Dan barang siapa yang mati pada waktu malam, maka dia tidak akan tidur malam melainkan di dalam kuburnya.))
[Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4659].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.