TEKS BAHASA ARAB
من أكثر ذكر الله؛ فقد برئ من النفاق.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang memperbanyakkan berzikir kepada Allah, maka dia telahpun terlepas daripada kemunafikan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 510, hadis nombor 2712. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: «من أكثر ذكر الله؛ فقد برئ من النفاق». [طس، طص، ابن شاهين، أبو محمد المخلدي في «أحاديث منتقاة»، أبو موسى المديني في «اللطائف»، هب، الأصبهاني، «الضعيفة» (5120)].
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Barang siapa yang memperbanyakkan berzikir kepada Allah, maka dia telahpun terlepas daripada kemunafikan. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat dan al-Mu‘jam al-Saghir, Ibn Syahin dalam al-Targhib wa al-Tarhib, Abu Muhammad al-Makhladi dalam Ahadith Muntaqah, Abu Musa al-Madini dalam al-Lata'if, al-Bayhaqi dalam Syu'ab al-Iman dan al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5120].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.