Barang siapa yang suka untuk menjadi manusia paling mulia, maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أحب أن يكون أعز الناس؛ فليتق الله، ومن أحب أن يكون أقوى الناس؛ فليتوكل على الله، ومن أحب أن يكون أغنى الناس؛ فليكن بما في يد الله أغنى منه بما في يده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang suka untuk menjadi manusia paling mulia, maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah, barang siapa yang suka untuk menjadi manusia paling kuat, maka bertawakkallah kepada Allah dan barangsiapa yang suka untuk menjadi manusia paling kaya, maka hendaklah apa yang ada di tangan Allah itu lebih kaya berbanding dia dengan apa yang ada di tangannya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 509-510, hadis nombor 2711. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله ﷺ: «من أحب أن يكون أعز الناس؛ فليتق الله، ومن أحب أن يكون أقوى الناس؛ فليتوكل على الله، ومن أحب أن يكون أغنى الناس؛ فليكن بما في يد الله أغنى منه بما في يده». [ابن أبي الدنيا في «القناعة»، القضاعي، «الضعيفة» (5421)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Barang siapa yang suka untuk menjadi manusia paling mulia, maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah, barang siapa yang suka untuk menjadi manusia paling kuat, maka bertawakkallah kepada Allah dan barangsiapa yang suka untuk menjadi manusia paling kaya, maka hendaklah apa yang ada di tangan Allah itu lebih kaya berbanding dia dengan apa yang ada di tangannya. [Riwayat Ibn Abu al-Dunya dalam al-Qana'ah dan al-Quda'i dalam Musnad al-Shihab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5421].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.