Barang siapa yang berselawat kepada Muhammad

TEKS BAHASA ARAB

من صلى على محمد وقال: اللهم أنزله المقعد المقرب عندك يوم القيامة؛ وجبت له شفاعتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang berselawat kepada Muhammad dan mengucapkan: "Wahai Tuhanku! Tempatkanlah baginda pada kedudukan yang dekat di sisi-Mu pada hari kiamat", nescaya telah wajib syafaatku baginya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 510, hadis nombor 2713. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن رويفع ابن ثابت الأنصاري -رضي الله عنه- مرفوعا: «من صلى على محمد وقال: اللهم أنزله المقعد المقرب عندك يوم القيامة؛ وجبت له شفاعتي». [حم، إسماعيل القاضي في «فضل الصلاة على النبي ﷺ» وكذا ابن أبي عاصم، والبزار في «مسنده»، ابن عبد الحكم في «فتوح مصر»، طب، طس، «الضعيفة» (5142)].

(Lemah) Daripada Ruwayfi’ Ibn Thabit al-Ansari RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Barang siapa yang berselawat kepada Muhammad dan mengucapkan: "Wahai Tuhanku! Tempatkanlah baginda pada kedudukan yang dekat di sisi-Mu pada hari kiamat", nescaya telah wajib syafaatku baginya. [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya, Isma'il al-Qadi dalam Fadhl al-Sholah 'ala al-Nabi, begitu juga Ibn Abu ‘Asim, al-Bazzar dalam Musnadnya, Ibn Abd al-Hakam dalam Futuh Misr dan al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5142].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.