Barang siapa yang membaca selepas solat Jumaat {Qul Huwa Allahu Ahad}, {Qul A’uzu Bi Rabb al-Falaq} dan {Qul A‘uzi Bi Rabb al-Nas} sebanyak tujuh kali

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من قرأ بعد صلاة الجمعة { قل هو الله أحد } و{ قل أعوذ برب الفلق } و{ قل أعوذ برب الناس } سبع مرات ؛ أجاره الله بها من السوء إلى الجمعة الأخرى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang membaca selepas solat Jumaat {Qul Huwa Allahu Ahad}, {Qul A’uzu Bi Rabb al-Falaq} dan {Qul A‘uzi Bi Rabb al-Nas} sebanyak tujuh kali, Allah akan lindungi dia dengannya daripada yang perkara buruk hingga ke hari Jumaat akan datang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1855, hadis nombor 9367. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: ((من قرأَ بعد صلاةِ الجمعةِ { قل هو الله أحد } و{ قل أعوذ برب الفلق } و{ قل أعوذ برب الناس } سبعَ مراتٍ ؛ أجاره اللهُ بها من السوءِ إلى الجمعةِ الأُخرى)).
[ابن السني، ابن شاهين، المخلدي في ((الفوائد))، الخلال في ((فضائل سورة الاخلاص))، ((الضعيفة))، (4129)].

(Lemah) Daripada ‘Aishah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang membaca selepas solat Jumaat {Qul Huwa Allahu Ahad}, {Qul A’uzu Bi Rabb al-Falaq} dan {Qul A‘uzi Bi Rabb al-Nas} sebanyak tujuh kali, Allah akan lindungi dia dengannya daripada yang perkara buruk hingga ke hari Jumaat akan datang.
[Riwayat Ibn al-Sunni, Ibn Shahin, al-Makhladi dalam kitab al-Fawaid dan al-Khallal dalam kitab Fada’il Surat al-Ikhlas. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4129].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.