Tiada dalam kalangan mana-mana penduduk sebuah rumah yang memiliki bebiri, melainkan terdapat keberkatan pada rumah mereka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما من أهل بيت عندهم شاة ؛ إلا وفي بيتهم بركة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada dalam kalangan mana-mana penduduk sebuah rumah yang memiliki bebiri, melainkan terdapat keberkatan pada rumah mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1854, hadis nombor 9366. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي الهيثم بن التيهان -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ما مِن أهلِ بيتٍ عندهم شاةٌ ؛ إلَّا وفي بيتِهم برَكةٌ)).
[ابن سعدـ، ((الضعيفة))، (4479)].

(Palsu) Daripada Abu al-Haitham bin al-Taihan RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiada dalam kalangan mana-mana penduduk sebuah rumah yang memiliki bebiri, melainkan terdapat keberkatan pada rumah mereka.
[Riwayat Ibn Sa‘d. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4479].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.