Orang yang tetap dalam perzinaan umpama penyembah berhala

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

المقيم على الزنا كعابد وثن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang tetap dalam perzinaan umpama penyembah berhala.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1855, hadis nombor 9368. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((المقيمُ علَى الزِّنا كعابدِ وثَنٍ)).
[ابن نظيف في ((الفوائد))، ((الضعيفة))، (4128)].

(Sangat lemah) Daripada Anas bin Malik RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang tetap dalam perzinaan umpama penyembah berhala.
[Riwayat Ibn Nazif dalam kitab al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4128].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.