Barang siapa yang membaca al-Quran maka dia adalah orang yang kaya dan tidak akan miskin selepasnya

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ القرآن؛ فهو غني، لا فقر بعده، والأمانة غنى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang membaca al-Quran maka dia adalah orang yang kaya dan tidak akan miskin selepas daripada itu, dan sifat amanah itu juga merupakan kekayaan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1565, hadis nombor 7927. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحسن-رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من قرأ القرآن؛ فهو غني، لا فقر بعده، والأمانة غنى)). [ص، ((الضعيفة)) (6460)].

(Lemah)
Daripada al-Hasan RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang membaca al-Quran maka dia adalah orang yang kaya dan tidak akan miskin selepas daripada itu, dan sifat amanah itu juga merupakan kekayaan.
[Riwayat Sa’id bin Mansur di dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Dai'fah, no.6460].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs