TEKS BAHASA ARAB
من قرأ آية الكرْسيّ و{قلْ هو اللَّه أحد} دبر كلّ صلاة مكْتوبة لم يمْنعْه منْ دخول الجنّة إِلا الْموْت.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi dan (Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa) setiap kali selepas solat yang fardu, tidak akan menghalangnya daripada memasuki syurga melainkan mati.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1564, hadis nombor 7924. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل بذكر{قل هوالله أحد}) عن أبي أمامة-رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من قرأ آية الكرسي و{قل هو الله أحد} دبر كل صلاة مكتوبة لم يمنعه من دخول الجنة إلا الموت)). [طب، ابن حجر في ((نتائج الأفكار))، ((الضعيفة)) (6012)].
(Batil dengan tambahan sebutan: Katakanlah! Wahai Muhammad: Tuhanku ialah Allah Yang Maha Esa)
Daripada Abu Umamah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi (dan Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa) setiap kali selepas solat yang fardu, tidak akan menghalangnya daripada memasuki syurga melainkan mati. [Riwayat al-Tabarani di dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn Hajar di dalam Nata’ij al-Afkar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.6012].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.