Barang siapa daripada kalangan kalian yang menunaikan solat pada waktu malam, hendaklah dia menyaringkan bacaannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من صلى منكم من الليل؛ فليجهر بقراءته، فإن الملائكة تصلى وتسمع لقراءته، وإن مسلمي الجن الذين يكونون في الهواء، وجيرانه الذين يكونون في مسكنه، يصلون بصلاته ويستمعون لقراءته؛ فإنه يطرد بجهره قراءته عن داره ومن نزلها من فساق الشياطين ومردة الجن. وما من رجل يعلم كتاب الله عن ظهر قلبه، يريد به وجه الله، ثم صلى به من الليل ساعة معلومة؛ إلا أمرت به الليلة الماضية الليلة المستقبلة أن تكون عليه خفيفة، وأن ينبه في ساعته…

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa daripada kalangan kalian yang menunaikan solat pada waktu malam, hendaklah dia menyaringkan bacaannya, kerana para malaikat menunaikan solat dan mendengarkan bacaannya. Golongan jin yang beragama Islam yang berada di udara, dan jirannya yang berada di tempat kediamannya, mereka turut menunaikan solat dengan solatnya dan mereka mendengar bacaannya dengan tekun. Kerana dengan menyaringkan bacaannya itu, dapat menghalau syaitan-syaitan yang fasik dan jin yang melampaui batas daripada rumahnya dan orang yang mendiaminya. Tidak ada seorang pun yang mengetahui al-Quran dengan lubuk hatinya, dan dia mendambakan keredaan Allah dengannya, lalu dia menunaikan solat dengannya (hafalan itu) di waktu malam pada waktu yang diketahui, melainkan malam yang telah lepas akan mengarahkan malam yang berikutnya supaya menjadi ringan buatnya, serta mengejutkan dia pada waktu (qiamullail)…

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 376-377, hadis nombor 1996. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبادة بن الصامت – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «من صلى منكم من الليل؛ فليجهر بقراءته، فإن الملائكة تصلى وتسمع لقراءته، وإن مسلمي الجن الذين يكونون في الهواء، وجيرانه الذين يكونون في مسكنه، يصلون بصلاته ويستمعون لقراءته؛ فإنه يطرد بجهره قراءته عن داره ومن نزلها من فساق الشياطين ومردة الجن. وما من رجل يعلم كتاب الله عن ظهر قلبه، يريد به وجه الله، ثم صلى به من الليل ساعة معلومة؛ إلا أمرت به الليلة الماضية الليلة المستقبلة أن تكون عليه خفيفة، وأن ينبه في ساعته…» الحديث بطوله في نحو صفحتين. [عق، ابن أبي الدنيا في «التهجد»، «الضعيفة» (6821)].

(Palsu) Daripada Ubadah bin al-Samit RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Barang siapa daripada kalangan kalian yang menunaikan solat pada waktu malam, hendaklah dia menyaringkan bacaannya, kerana para malaikat menunaikan solat dan mendengarkan bacaannya. Golongan jin yang beragama Islam yang berada di udara, dan jirannya yang berada di tempat kediamannya, mereka turut menunaikan solat dengan solatnya dan mereka mendengar bacaannya dengan tekun. Kerana dengan menyaringkan bacaannya itu, dapat menghalau syaitan-syaitan yang fasik dan jin yang melampaui batas daripada rumahnya dan orang yang mendiaminya. Tidak ada seorang pun yang mengetahui al-Quran dengan lubuk hatinya, dan dia mendambakan keredaan Allah dengannya, lalu dia menunaikan solat dengannya (hafalan itu) di waktu malam pada waktu yang diketahui, melainkan malam yang telah lepas akan mengarahkan malam yang berikutnya supaya menjadi ringan buatnya, serta mengejutkan dia pada waktu (qiamullail)…" (sehingga hujung) hadis dengan panjangnya sekitar dua halaman muka surat. [Riwayat al-'Uqayli dalam al-Du’afa’ al-Kabir, Ibn Abu al-Dunya dalam al-Tahajjud dan Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu'at. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6821].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.