Perumpamaan bagi orang yang bermain dadu lalu dia bangun dan menunaikan solat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

مثل الذي يلعب بالنرد، ثم يقوم فيصلي، مثل الذي يتوضأ بالقيح، ودم الخنزير، ثم يقوم فيصلي – وفي رواية: يقول: – لا تقبل صلاته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perumpamaan bagi orang yang bermain dadu lalu dia bangun dan menunaikan solat, seperti orang yang berwuduk dengan nanah dan darah babi lalu dia bangun dan menunaikan solat – dalam riwayat yang lain: Dia berkata: – solatnya tidak diterima.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 377, hadis nombor 1997. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي سعيد – رضي الله عنه -، قال : قال رسول الله ﷺ: «مثل الذي يلعب بالنرد، ثم يقوم فيصلي، مثل الذي يتوضأ بالقيح، ودم الخنزير، ثم يقوم فيصلي – وفي رواية: يقول: – لا تقبل صلاته». [حم، «الضعيفة» (6535)].

(Munkar) Daripada Abu Sa’id RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Perumpamaan bagi orang yang bermain dadu lalu dia bangun dan menunaikan solat, seperti orang yang berwuduk dengan nanah dan darah babi lalu dia bangun dan menunaikan solat – dalam riwayat yang lain: Dia berkata: – solatnya tidak diterima". [Riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6535].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.