Bani Marwan dan Bani Abbas saling bergantian di atas mimbarku

TEKS BAHASA ARAB

أريت بني مروان يتعاورون على منبري، فساءني ذلك، ورأيت بني العباس يتعاورون منبري فسرني ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku telah diperlihatkan Bani Marwan saling bergantian di atas mimbarku, hal itu membuatkan aku dukacita. Dan aku diperlihatkan pula Bani Abbas saling bergantian di atas mimbarku, hal itu membuatkan aku sukacita.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1323, hadis nombor 6752. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ثوبان رضي الله عنه مرفوعا: أريت بني مروان يتعاورون على منبري، فساءني ذلك، ورأيت بني العباس يتعاورون منبري فسرني ذلك.
[طب، ((الضعيفة)) (2748)]

(Sangat Lemah)
Daripada Thawban RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Aku telah diperlihatkan Bani Marwan saling bergantian di atas mimbarku, hal itu membuatkan aku dukacita. Dan aku diperlihatkan pula Bani Abbas saling bergantian di atas mimbarku, hal itu membuatkan aku sukacita.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2748]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.