TEKS BAHASA ARAB
أفضل الهجرتين الهجرة الباتة والهجرة الباتة: أن تثبت مع رسول الله وهجرة البادية: أن ترجع إلى باديتك. وعليك السمع والطاعة في عسرك ويسرك ومكرهك ومنشطك وأثرة عليك
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sebaik-baik hijrah antara dua jenis hijrah adalah hijrah al-battah. hijrah al-Battah ialah kamu tetap bersama Rasulullah. Hijrah al-badiyah pula adalah kamu pulang ke kampung kamu. Kamu hendaklah dengar dan taat dalam keadaan susah, senang, terpaksa, rela, serta mengutamakan orang lain berbanding diri kalian.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1103, hadis nombor 5589. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف بهذا السياق) عن واثلة بن الأسقع رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أفضلُ الهجرتين الهِجْرَةَ الْبَاتَّةِ والهِجْرَةُ الْبَاتَّةِ: أَنْ تَثْبُتَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ وَهِجْرَةُ الْبَادِيَةِ: أَنْ تَرْجِعَ إِلَى بَادِيَتِكَ. وَعَلَيْكَ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ فِي عُسْرِكَ وَيُسْرِكَ وَمَكْرَهِكَ وَمَنْشَطِكَ وَأَثَرَةٍ عَلَيْكَ. [طب، الضعيفة (6948)].
(Lemah dengan lafaz ini) Daripada Wathilah bin al-Asqa‘ RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik hijrah antara dua jenis hijrah adalah hijrah al-battah. hijrah al-Battah ialah kamu tetap bersama Rasulullah. Hijrah al-badiyah pula adalah kamu pulang ke kampung kamu. Kamu hendaklah dengar dan taat dalam keadaan susah, senang, terpaksa, rela, serta mengutamakan orang lain berbanding diri kalian. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6948].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.