Rasulullah SAW diperlihatkan tempat hijrah orang Islam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أريت دار هجرتكم سبخة بين ظهراني حرة، فإما أن تكون هجرا، أو تكون يثرب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku telah diperlihatkan tempat hijrah kamu iaitu satu kawasan tanah bergaram yang berada di kawasan berbatu hitam, sama ada ia di Hajar, atau Yathrib (nama tempat).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1323, hadis nombor 6753. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن صهيب رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أريت دار هجرتكم سبخة بين ظهراني حرة، فإما أن تكون هجرا، أو تكون يثرب.
[ك، طب، البيهقي في ((الدلائل))، ((الضعيفة)) (2749)]

(Lemah)
Daripada Suhaib RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Aku telah diperlihatkan tempat hijrah kamu iaitu satu kawasan tanah bergaram yang berada di kawasan berbatu hitam, sama ada ia di Hajar, atau Yathrib (nama tempat).
[Riwayat al-Hakim, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Bayhaqi dalam al-Dala’il. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2749]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.