Bahawa Yazid telah memerintahkan pembunuhan al-Husain dan bahawa dia bergembira dengan perkara itu

TEKS BAHASA ARAB

أن يزيد أمر بقتل الحسين وأنه سر بذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahawa Yazid telah memerintahkan pembunuhan al-Husain dan bahawa dia bergembira dengan perkara itu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 84-86, hadis nombor 31. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: دعوى أن يزيد أمر بقتل الحسين وأنه سر بذلك.
قال ابن تيمية: لم يكن يزيد أمر بقتله ولا ظهر منه سرور بذلك ولا رضى به، بل قال كلاما فيه ذم لقاتليه حيث قال: لقد كنت أرضى من طاعة أهل العراق بدون قتل الحسين. وقال لعن الله ابن مرجانة – يعني عبيد الله بن زياد – والله لو كان بينه وبين الحسين رحم لما قتله. يريد بذلك الطعن في نسبه، فإنه كان يدعي أن أباه زيادا أخو معاوية. وروي أنه لما قدم على يزيد ثقل الحسين وأهله ظهر في داره البكاء والصراخ لذلك، وأنه أكرم أهله، وأمر لهم بمنزل حسن، وخير ابنه عليا بين أن يقيم عنده أو يذهب للمدينة، فاختار المدينة ولم يسجنه. والمكان الذي يقال له "سجن الحسين" بجامع دمشق باطل لا أصل له.
لكن مع هذا فيزيد لم يقم حد الله على من قتل الحسين ولا انتصر له، بل قتله أعوانه لإقامة ملكه.

Antaranya lagi: Dakwaan bahawa Yazid telah memerintahkan pembunuhan al-Husain dan bahawa dia bergembira dengan perkara itu.
Ibn Taimiyyah telah berkata: Yazid tidak memerintahkan pembunuhannya, dan tidak pula zahir kegembiraan daripadanya kerana itu, tidak juga dia reda dengannya. Bahkan Yazid pernah menyebutkan perkataan kecaman kepada para pembunuhnya dengan berkata: Sesungguhnya aku telah reda dengan ketaatan ahli Iraq tanpa pembunuhan al-Husain. Dia juga berkata: Allah melaknat Ibn Murjanah, iaitu ‘Ubaidullah bin Ziyad. Demi Allah, sekiranya antara dia dengan al-Husain ada hubungan nasab, dia tidak akan membunuhnya. Beliau bermaksud untuk mencela nasab keturunannya (‘Ubaidullah). Hal ini adalah kerana dia mendakwa ayahnya iaitu Ziyad adalah saudara kepada Muawiyah. Diriwayatkan bahawa ketika sampainya barang musafir milik al-Husain dan keluarganya kepada Yazid, kedengaran tangisan dan jeritan di kediamannya disebabkan hal itu. Beliau juga memuliakan keluarganya, dia juga memberikan rumah yang baik kepada mereka, memberikan pilihan kepada anaknya ‘Ali sama ada ingin menetap bersamanya atau pulang ke Madinah maka dia memilih Madinah dan dia tidak memenjarakannya. Tempat yang disebut sebagai "Penjara al-Husain" di masjid Damsyik adalah batil, tiada asal baginya.
Walau bagaimanapun dengan hal yang demikian, maka Yazid tidak menjatuhkan hukum hudud Allah ke atas sesiapa yang membunuh al-Husain, juga tidak bagi mereka yang menolongnya. Bahkan dia membunuh pendokongnya untuk mendirikan kerajaannya.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.