TEKS BAHASA ARAB
ما اشتهر عن الشافعي وأحمد أنهما اجتمعا على شيبان الراعي وسألاه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
(Kisah) al-Syafi’i dan Ahmad (bin Hanbal) bahawa mereka berdua telah sama-sama berjumpa Syaiban sang pengembala dan bertanya kepadanya.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 87, hadis nombor 33. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ومنها: ما اشتهر عن الشافعي وأحمد أنهما اجتمعا على شيبان الراعي وسألاه.
قال ابن تيمية: وذلك باطل باتفاق أهل المعرفة، وإنهما لم يدركا شيبان.
Antaranya lagi: (Kisah) yang masyhur berkenaan al-Syafi’i dan Ahmad (bin Hanbal) bahawa mereka berdua telah sama-sama berjumpa Syaiban sang pengembala dan bertanya kepadanya.
Ibn Taimiyyah telah berkata: Demikian itu adalah batil secara sepakat ilmuwan. Sesungguhnya mereka berdua tidak bertemu Syaiban.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.