Bahawa al-Hajjaj telah membunuh para pembesar dan ingin menghapuskan keturunan mereka

TEKS BAHASA ARAB

أن الحجاج قتل الأشراف وأراد قطع دابرهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahawa al-Hajjaj telah membunuh para pembesar dan ingin menghapuskan keturunan mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 86-87, hadis nombor 32. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: دعوى أن الحجاج قتل الأشراف وأراد قطع دابرهم.
قال ابن تيمية: وهذا من الجهل بأحوال الناس فإن الحجاج كان أميرا سفاكا / للدماء لكن لم يقتل من الشرفاء من بني هاشم أحدا قط.
بل سلطانه عبد الملك بن مروان نهاه عن التعرض لبني هاشم وهم الأشراف. بل الحجاج لما تزوج بنت عبد الله بن جعفر لم يمكنه بنو أمية من ذلك وفرقوا بينه وبينها، وقالوا: الحجاج ليس بكفوء الهاشمية.

Antaranya juga: Dakwaan bahawa al-Hajjaj telah membunuh para pembesar dan ingin menghapuskan keturunan mereka.
Ibn Taimiyyah telah berkata: Hal ini merupakan suatu kejahilan berkenaan keadaan manusia. Kerana sesungguhnya al-Hajjaj adalah pembesar yang menumpahkan darah, akan tetapi beliau tidak pernah membunuh seorangpun daripada kalangan pembesar-pembesar Bani Hasyim.
Bahkan sultannya ‘Abd al-Malik bin Marwan menegahnya daripada menyanggah Bani Hasyim sedangkan mereka adalah merupakan para pembesar. Bahkan al-Hajjaj ketika mana bernikah bersama anak perempuan ‘Abdullah bin Ja’far, Bani ‘Umayyah tidak mengizinkannya dan mereka telah memisahkan kedua mereka dan mendakwa: Al-Hajjaj tidak setaraf dengan wanita Bani Hasyim.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs