Hadis menceritakan sirah Nabi ketika menjejakkan kaki di Madinah sambutan para wanita al-Najar

TEKS BAHASA ARAB

” أنه صلى الله عليه وسلم لما قدم المدينة خرجت بنات النجار بالدفوف وهن يقلن:
(طلع البدر علينا … من ثنيات الوداع)
(وجب الشكر علينا … ما دعا لله داعي)
فقال لهن رسول الله صلى الله عليه وسلم: ” هزوا كرابيلكم بارك الله فيكم “.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahawa sesungguhnya baginda Nabi Muhammad sallallahhu ‘alaihi wasallam ketikamana baginda menjejakkan kaki di Madinah maka para wanita al-Najar telah keluar lalu memukul duf (sejenis alat muzik umpama kompang) dan lalu mereka mengatakan (bernyanyi dengan bait-bait syair).
(Telah datangnya bulan purnama kepada kami … daripada lembah al-Wada’)
(Dan wajiblah ke atas kita untuk mengucapkan kesyukuran … dimana seruan adalah kepada Allah).
Maka baginda Nabi Muhammad sallallahhu ‘alaihi wasallam telah berkata kepada mereka: Pukullah gendang-gendang kalian! Semoga Allah memberkati kalian.

STATUS

Tidak diketahui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 125-126, hadis nombor 164. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن تيمية: هذا لا يعرف عن النبي صلى الله عليه وسلم.

Ibnu Taimiyyah telah berkata: Aku tidak ketahui hadis ini datang daripada baginda Nabi Muhammad sallallahhu ‘alaihi wasallam.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs