Baginda tidak akan melantik pemimpin kecuali setelah memakaikannya serban

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان لا يولي واليا حتى يعممه ويرخي لها عذبة من جانب الأيمن بحذو الأذن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda tidak akan melantik pemimpin kecuali setelah memakaikannya serban dan menjadikannya ada ekor dari sebelah kanan selari dengan telinga.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 839, hadis nombor 4303. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((كان لا يولي واليا حتى يعممه ويرخي لها عذبة من جانب الأيمن بحذو الأذن)).
[الدولابي، تمام، ((الضعيفة)) (4256)]

(Sangat Lemah) Daripada Abū Umamah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Baginda tidak akan melantik pemimpin kecuali setelah memakaikannya serban dan menjadikannya ada ekor dari sebelah kanan selari dengan telinga.
[Riwayat al-Dūlābī dalam al-Kunā wa al-Asmā’ dan Tammām dalam al-Fawā’id. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4256]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.