Untaian Islam akan terurai satu demi satu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لتنقضن عرى الإسلام عروة عروة، وليكونن أئمة مضلون، وليخرجن على إثر ذلك الدجالون الثلاثة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Untaian Islam akan terurai satu demi satu, lalu akan muncullah para pemimpin yang sesat, dan akan keluarlah selepas itu Dajjal yang tiga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 839-840, hadis nombor 4304. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: كنت في الحطيم مع حذيفة فذكر حديثا، ثم قال: ((لتنقضن عرى الإسلام عروة عروة، وليكونن أئمة مضلون، وليخرجن على إثر ذلك الدجالون الثلاثة)). وقال: قلت: يا أبا عبد الله! قد سمعت هذا الذي تقول من رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ قال: نعم.
[ك، ((الضعيفة)) (4302)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA berkata: Aku berada di al-Haṭīm bersama Ḥudhaifah lalu dia menyebutkan sebuah hadis, kemudian dia berkata: Untaian Islam akan terurai satu demi satu, lalu akan muncullah para pemimpin yang sesat, dan akan keluarlah selepas itu Dajjal yang tiga. Dia berkata: Aku berkata: Wahai Abū ‘Abdullah! Engkau telah mendengar perkara ini yang engkau sebutkan adakah daripada Rasulullah SAW? Dia berkata: Ya.
[Riwayat al-Ḥākim dalam Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4302]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.