Baginda telah solat memohon hujan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

استسقى، فخطب قبل الصلاة، واستقبل القبلة، وحول رداءه، ثم نزل، فصلى ركعتين لم يكبر فيهما إلا تكبيرةً تكبيرةً.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda telah solat memohon hujan, maka baginda telah berkhutbah sebelum solat, baginda menghadap ke arah kiblat, baginda terbalikkan kain baginda, kemudian baginda turun lantas solat dua rakaat. Baginda tidak bertakbir dalam kedua rakaat tersebut melainkan satu takbir satu takbir.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 319, hadis nombor 1679. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Anas bin Malik RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر (التكبيرة)) عن أنس بن مالك –رضي الله عنه- قال: ((استسقى، فخطب قبل الصلاة، واستقبل القبلة، وحول رداءه، ثم نزل، فصلى ركعتين لم يكبر فيهما إلا تكبيرةً تكبيرةً)).
[ طس، ((الضعيفة)) (5632) ].

(Munkar dengan sebutan al-Takbirah) Dari Anas bin Malik RA, dia berkata: Baginda telah memohon hujan, maka baginda telah berkhutbah sebelum solat, baginda menghadap ke arah kiblat, baginda terbalikkan kain baginda, kemudian baginda turun lantas solat dua rakaat. Baginda tidak bertakbir dalam kedua rakaat tersebut melainkan satu takbir satu takbir.
[Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Awsat, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5632].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon