Apabila rosaknya solat imam, maka rosaklah juga solat sesiapa yang berada di belakangnya

TEKS BAHASA ARAB

إذا فسدت صلاة الإمام؛ فسدت صلاة من خلفه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila rosaknya solat imam, maka rosaklah juga solat sesiapa yang berada di belakangnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 318, hadis nombor 1677. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abu Soleh ini yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي صالح قال: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((إذا فسدت صلاة الإمام؛ فسدت صلاة من خلفه)).
[ ابن شاهين في ((الناسخ والمنسوخ)) ، ((الضعيفة)) (5863) ].

(Palsu) Dari Abi Soleh, dia berkata, Rasulullah SAW, telah bersabda: Apabila rosaknya solat imam, maka rosaklah juga solat sesiapa yang berada di belakangnya.
[Diriwayatkan oleh Ibn Shahin dalam Kitab al-Nasikh wal-Mansukh, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5863].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs