Apabila Allah luaskan terhadap kalian, maka kalian luaskanlah terhadap diri-diri kalian

TEKS BAHASA ARAB

إذا وَسًعَ اللهُ عليكُم؛ فَأَوْسِعُوا على أَنْفُسِكُم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Allah luaskan terhadap kalian, maka kalian luaskanlah terhadap diri-diri kalian.

STATUS

Mauquf terhadap Umar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 319, hadis nombor 1680. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abu Hurairah RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(موقوف على عمر، رفعه بعضهم خطأً) عن أبي هريرة –رضي الله عنه-  قال: سأل رجل رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أيصلي أحدنا في الثوب الواحد؟ قال: ((إذا وَسًعَ اللهُ عليكُم؛ فَأَوْسِعُوا على أَنْفُسِكُم، جَمَعَ رَجُلٌ
عليه ثيابَهُ، صلَّى رَجُلٌ في إزارٍ ورِدَاء، في إزارٍ وقميص، في إزارٍ وقَبَاء، في سراويلَ وقميصَ، في سراويلَ وردَاء، في سراويلَ وقَبَاءً، في تُبَّانٍ وقميصٍ، في تُبّان وقَبًاء. – قال: وأحسبه – في تُبَّان ورداءٍ))
[ حب، ((الضعيفة)) (5746) ].

(Mauquf terhadap ‘Umar, disandarkan kepada Nabi SAW oleh sebahagian perawi secara tidak sengaja) Dari Abu Hurairah RA, dia berkata: Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah SAW: Adakah salah seorang dari kami dibenarkan solat dengan sehelai pakaian? Jawab baginda: Apabila Allah luaskan terhadap kalian, maka kalian luaskanlah terhadap diri-diri kalian. Seorang lelaki telah mengumpulkan untuk dirinya banyak pakaiannya. Seorang lelaki solat dengan memakai izar (sejenis pakaian orang Arab seperti kain sarung) dan rida’ (sejenis pakaian orang Arab seperti kain selendang), memakai izar dan baju, memakai izar dan qaba’ (sejenis pakaian orang Arab yang dipakai di atas jubah), memakai seluar dan baju, memakai seluar dan rida’, memakai seluar dan qaba’, memakai seluar pendek dan baju, memakai seluar pendek dan qaba’. Dia berkata: Aku rasa-rasa: Memakai seluar pendek dan rida’.
[Diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam Kitab Sahih-nya, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5746].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon