TEKS BAHASA ARAB
كان إذا استسقى قال: اللهم اسقنا غيثًا مغيثًا مريًا، توسع به لعبادك، تغزر به الضرع، وتحيي به الزرع.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Dahulu, ketika baginda menunaikan solat istisqa’, baginda berdoa: Ya Allah, berikanlah kami hujan yang melegakan, yang mencukupi dengannya untuk kegunaan hamba-hamba-Mu, yang perbanyakkan dengannya susu (haiwan ternakan) dan yang menghidupkan dengannya tanaman.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 322, hadis nombor 1701. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis ‘Abdullah bin Jarrad RA ini yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدًا) عن عبد الله بن جراد –رضي الله عنه-، قال: ((كان إذا استسقى قال: اللهم اسقنا غيثًا مغيثًا مريًا، توسع به لعبادك، تغزر به الضرع، وتحيي به الزرع)).
[هق، ((الضعيفة)) (5633) ].
(Sangat Lemah) Daripada ‘Abdullah bin Jarrad RA, dia berkata: Dahulu, ketika baginda menunaikan solat istisqa’, baginda berdoa: Ya Allah, berikanlah kami hujan yang melegakan, yang mencukupi dengannya untuk kegunaan hamba-hamba-Mu, yang perbanyakkan dengannya susu (haiwan ternakan) dan yang menghidupkan dengannya tanaman.
[Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dalam Kitab Musnadnya, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5633].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.