Sunat Istisqa’ itu seperti sunat solat ketika dua hari raya melainkan Rasulullah SAW telah terbalikkan kain ridak baginda

TEKS BAHASA ARAB

سُنَّةُ الاستسقاء سُنَّةُ الصَّلاةِ في العيدَين؛ إلا أَنّ رسولَ الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قلبَ رداءَه، فجَعَلَ يمينهُ على يسَارِه، ويسارَهُ على يمينِه، وصلى ركعتينِ، وكبّرّ في الأولى سبْعَ تكبيراتٍ، وقرَأ {سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الَأَعْلَى} ، وقرأَ في الثانية {هَلْ أتاكَ حديثُ الغاشية} ، وكبّر فيها خَمْسَ تكبيرات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sunat Istisqa’ itu seperti sunat solat ketika dua hari raya melainkan Rasulullah SAW telah terbalikkan kain ridak baginda lalu baginda jadikan kanannya atas kirinya, dan kirinya atas kanannya. Baginda solat dua rakaat serta bertakbir pada rakaat pertama dengan tujuh kali takbir dan membaca {sabbihisma rabbika al-a‘la}. Baginda telah membaca pada rakaat kedua {hal ataaka hadith al-Ghashiyah} dan bertakbir padanya lima kali takbir.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 322, hadis nombor 1698. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abdullah bin Abbas RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن طلحة بن يحيى قال: أرسلني مروان إلى ابن عباس أسأله عن سنة الاستسقاء، فقال: ((سُنَّةُ الاستسقاء سُنَّةُ الصَّلاةِ في العيدَين؛ إلا أَنّ رسولَ الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قلبَ رداءَه، فجَعَلَ يمينهُ على يسَارِه، ويسارَهُ على يمينِه، وصلى ركعتينِ، وكبّرّ في الأولى سبْعَ تكبيراتٍ، وقرَأ {سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الَأَعْلَى} ، وقرأَ في الثانية {هَلْ أتاكَ حديثُ الغاشية} ، وكبّر فيها خَمْسَ تكبيرات)).
[ البزار، قط، ك، هق، ((الضعيفة)) (5631) ].

(Sangat Lemah) Daripada Talhah bin Yahya, beliau telah berkata: Marwan telah menghantarku kepada Ibn ‘Abbas untuk aku tanyakan tentang solat sunat istisqa’, lalu, beliau mengatakan: Sunat Istisqa’ itu seperti sunat solat ketika dua hari raya melainkan Rasulullah SAW telah terbalikkan kain ridak baginda lalu baginda jadikan kanannya atas kirinya, dan kirinya atas kanannya. Baginda solat dua rakaat serta bertakbir pada rakaat pertama dengan tujuh kali takbir dan membaca {sabbihisma rabbika al-a‘la}. Baginda telah membaca pada rakaat kedua {hal ataaka hadith al-Ghashiyah} dan bertakbir padanya lima kali takbir.
[Diriwayatkan oleh al-Bazzar dalam Kitab Musnadnya, al-Daraqutni dalam Sunannya, al-Hakim dalam Mustadraknya dan al-Baihaqi dalam Sunannya, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5631].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs