Sesungguhnya Rasullullah SAW mempunyai 3 songkok

TEKS BAHASA ARAB

إنه كان لرسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاث قلانس قلنسوة مضروبة وقلنسوة برد حبرة وقلنسوة ذات آذان يلبسها في السفر. فربما وضعها بين يديه إذا صلى.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya Rasullullah SAW mempunyai 3 songkok, songkok yang ditempa, songkok jenis kain sejuk, songkok yang mempunyai telinga yang digunakan ketika musafir, dan boleh jadi diletakkan di antara tangannya ketika solat.


STATUS

Lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 187, hadis nombor 1. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


قال في المختصر: ضعيف.

Al-Firuzabadi berkata di dalam kitabnya al-Mukhtasar: Hadith ini lemah.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs