Solat dengan memakai serban menyamai dengan 25 pahala

TEKS BAHASA ARAB

حديث: صلاة بعمامة تعدل بخمس وعشرين وجمعة بعمامة تعدل سبعين جمعة.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Solat dengan memakai serban menyamai dengan 25 pahala, manakala solat pada hari Jumaat dengan memakai serban menyamai 70 kali Jumaat.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 187, hadis nombor 3. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


ذكره في المقاصد وقال: موضوع.

Al-Sakhawi berkata di dalam kitabnya al-Maqasid, dan al-Sakhawi berkata: Hadith ini palsu.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs