Classification icon

Terlalu lemah

30/06/2024

minit bacaan



Apabila salah seorang dari kamu dijemput untuk menikmati makanan

Teks Bahasa Arab

حديث: إذا دعي أحدكم إلى طعام فلم يرده فلا يقل: هنيئا فإن الهناء لأهل الجنة ولكن ليقل: أطعمنا الله وإياكم طيبا.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Apabila salah seorang dari kamu dijemput untuk menikmati makanan, maka janganlah dia menolaknya, dan janganlah dia katakan: Bergembiralah, maka sesungguhnya kegembiraan itu milik ahli syurga, akan tetapi ucapkanlah: “Allah telah memberi makan kepada kami dan kamu makanan yang baik”.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Terlalu lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 185, hadis no. 70. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الدارقطني وفي إسناده: متروكان.

Al-Daraqutni meriwayatkannya dan pada sanadnya terdapat dua orang yang matruk (terlalu daif).

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.