Barang siapa yang membina sebuah rumah (masjid) yang mana Allah disembah di dalamnya dari harta yang halal

TEKS BAHASA ARAB

من بنى بيتاً يعبد الله فيه من مال حلال؛ بنى الله له بيتاً في الجنة من در وياقوت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang membina sebuah rumah (masjid) yang mana Allah disembah di dalamnya dari harta yang halal, Allah akan bina buatnya sebuah rumah dalam syurga dari mutiara dan permata.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 311, hadis nombor 1640. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abu Hurairah RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن أبي هريرة –رضي الله عنه-، مرفوعاً: ((من بنى بيتاً يعبد الله فيه من مال حلال؛ بنى الله له بيتاً في الجنة من در وياقوت)).
[ طس، البزار، ((الضعيفة)) (5039) ].

(Matan selengkap ini, munkar) Dari Abu Hurairah RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang membina sebuah rumah (masjid) yang mana Allah disembah di dalamnya dari harta yang halal, Allah akan bina buatnya sebuah rumah dalam syurga dari mutiara dan permata.
[Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Awsat dan Al-Bazzar dalam Kitab Musnadnya, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5039].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs