TEKS BAHASA ARAB
من اغتسل يوم الجمعة غفرت له ذنوبه وخطاياه، وإذا أخذ في المشي إلى الجمعة؛ كان له بكل خطوة عمل عشرين سنة، فإذا فرغ من صلاة الجمعة؛ أجيز بعمل مئتي سنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa mandi hari Jumaat, diampunkan baginya dosa-dosa dan kesalahan-kesalahannya. Dan apabila dia memilih untuk berjalan kaki untuk (menunaikan) solat Jumaat, baginya untuk setiap langkah seperti amalan selama dua puluh tahun. Maka apabila dia selesai dari solat Jumaat, dia diganjari seperti pahala beramal selama dua ratus tahun.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 311, hadis nombor 1638. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abu Bakr RA ini yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي بكر الصديق –رضي الله عنه-، مرفوعاً: ((من اغتسل يوم الجمعة غفرت له ذنوبه وخطاياه، وإذا أخذ في المشي إلى الجمعة؛ كان له بكل خطوة عمل عشرين سنة، فإذا فرغ من صلاة الجمعة؛ أجيز بعمل مئتي سنة)).
[ طس، ((الضعيفة)) (5183) ].
(Palsu) Dari Abu Bakr al-Siddiq RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa mandi hari Jumaat, diampunkan baginya dosa-dosa dan kesalahan-kesalahannya. Dan apabila dia memilih untuk berjalan kaki untuk (menunaikan) solat Jumaat, baginya untuk setiap langkah seperti amalan selama dua puluh tahun. Maka apabila dia selesai dari solat Jumaat, dia diganjari seperti pahala beramal selama dua ratus tahun.
[Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Awsat, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5183].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.