Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mencipta Adam daripada tanah liat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن الله تعالى خلق آدم من طين فحرم أكل الطين على ذريته.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mencipta Adam daripada tanah liat, lalu Allah mengharamkan zuriatnya memakan tanah liat.


STATUS

Batil


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 183-184, hadis nombor 68. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن عدي عن جابر مرفوعا وفي إسناده: وضاع.
وروى الطبراني عن سلمان مرفوعا: من أكل الطين فإنما أعان على قتل نفسه.
قال الدارقطني: تفرد به يحيى بن يزيد قيل: مجهول.
وقال في اللسان: ذكره ابن حبان في الثقات.
ورواه ابن عدي عن أبي هريرة مرفوعا وفي إسناده: عبد الملك بن مهران.
قيل: مجهول.
وقال في اللسان: ذكره ابن حبان في الثقات.
وقد أخرجه ابن السني وأبو نعيم في الطب والبيهقي في السنن.
ورواه العقيلي عن أبي هريرة مرفوعا وفيه مجهولان.
ورواه ابن عدي عن أنس مرفوعا: من أكل الطين: فقد أكل من لحم الخنزير وفيه: ولا يبالي الله على ما مات يهوديا أو نصرانيا.
وروى عنه من طريق أخرى قال ابن عدي: هذا باطلان.
وروى ابن عدي أيضا عن أنس مرفوعا بلفظ: أكل الطين حرام على كل مسلم فمن مات وفي قلبه مثقال ذرة من طين كبه الله على وجهه يوم القيامة في النار وقال: باطل (2) ولهذا الحديث طرق متعددة تفيد أن له أصلا.

Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Jabir secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW) dan pada sanadnya terdapat pemalsu [hadith].
Al-Tabarani meriwayatkan daripada Salman secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang memakan tanah liat, maka sesungguhnya dia membantu untuk membunuh dirinya sendiri.
Al-Daraqutni berkata: Yahya bin Yazid bersendirian dalam meriwayatkannya, dan dikatakan juga dia seorang yang tidak dikenali.
Ibn Hajar menyebut di dalam kitab al-Lisan: Ibn Hibban berkata di dalam kitabnya Thiqat.
Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Abu Hurairah RA secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), pada sanadnya terdapat Abdul Malik bin Mehran, dikatakan dia seorang yang tidak dikenali.
Ibn Sunni meriwayatkannya, Abu Nu’aim meriwayatkannya di dalam kitab al-Tibb dan al-Baihaqi meriwayatkannya di dalam sunannya.
Al-Uqaili meriwayatkan daripada Abi Hurairah secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW) dan padanya terdapat dua orang yang tidak dikenali.
Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Anas secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW): Siapa yang memakan tanah liat, maka sesungguhnya dia memakan dari daging khinzir, dan disebutkan di dalamnya: Allah tidak mengendahkan sebagai apa dia mati, samada dalam keadaan Yahudi atau Nasrani.
Diriwayatkan daripada Anas jalan yang lain. Ibn ‘Adi berkata: Hadith ini kedua-duanya batil.
Ibn ‘Adi meriwayatkan juga daripada Anas secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW) dengan lafaz: Haram bagi setiap orang muslim memakan tanah, sesiapa yang mati di dalam hatinya terdapat perasaan sebesar zarah dari tanah, Allah SWT akan menelangkupkan wajahnya ke dalam api neraka pada hari qiamat. Ibn ‘Adi: berkata hadith ini batil. Hadith mempunyai jalan periwayatan yang pelbagai yang menunjukkan bahawa terdapat asal baginya.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon