Sesiapa yang memberi makan saudaranya satu suapan manisan

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من لقم أخاه لقمة حلواء لم يكن ذلك مخافة من شره ولا رجاء لخيره صرف الله عنه سبعين بلوى في القيامة.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang memberi makan saudaranya satu suapan manisan, tidak ditakuti kejahatannya, dan tidak diharapkan kebaikannya, Allah SWT akan mengalihkan daripadanya 70 kesedihan pada hari kiamat.


STATUS

Terlalu lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 182, hadis nombor 66. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الخطيب عن أنس مرفوعا وقال: هذا حديث منكر جدا وإسناده صحيح.
ورواه أبو نعيم في الطب وفي إسناده: يزيد الرقاشي متروك وخالد [العبد] يضع.
ورواه ابن شاهين عن أبي هريرة مرفوعا وفي إسناده ضعيفان ومتروك.

Al-Khatib meriwayatkan daripada Anas secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), Al-Khatib berkata: Hadith ini munkar (terlalu daif) dan sanadnya sahih.
Abu Nu’aim meriwayatkan di dalam kitabnya al-Tibb dan pada sanadnya terdapat Yazid al-Raqashi seorang yang matruk (terlalu daif) dan Khalid mereka hadith.
Ibn Syahin meriwayatkan daripada Abi Hurairah RA secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW) dan pada sanadnya terdapat dua perawi yang lemah dan matruk (terlalu daif).


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs