Hendaklah kamu memuliakan roti

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أكرموا الخبز فإن الله أنزل له بركات من السماء وأخرج له بركات من الأرض.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Hendaklah kamu memuliakan roti, maka sesungguhnya Allah menurunkan baginya keberkatan dari langit, dan mengeluarkan baginya keberkatan dari bumi.


STATUS

Batil


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 161-163, hadis nombor 26. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


في إسناده: متروك ورواه الطبراني بنحوه.
قال الغلابي: قال يحيى بن معين: أول هذا الحديث حق وآخره باطل وقال الفلاس في إسناده كذاب .
وأخرج الدارقطني عن أبي هريرة موفوعا نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نقطع الخبز وقد أخرج حديث: "أكرموا الخبز" جماعة بأسانيد لا تقوم بها حجة وأخرجه الحاكم في المستدرك وقال: صحيح وأقره الذهبي ولم يتعقبه وإسناده _ هكذا _ أخبرني أبو يحيى أحمد بن محمد بن القاسم السمرقندي حدثنا أبو عبد الله محمد بن نصر حدثنا محمد بن محمد بن مرزوق حدثنا بشر بن المبارك العبدي حدثنا غالب القطان حدثتني كريمة بنت هاشم الطائية عن عائشة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال أكرموا الخبز .
روى الخطيب عن ابن عباس مرفوعا: ما استخف قوم بحق الخبز إلا ابتلاهم الله بالجوع.
وقد اتهم بوضعه إسحاق بن نجيح الملطي (1) .

Pada sanad hadith ini terdapat perawi matruk (yang terlalu daif) dan Al-Tabarani turut meriwayatkan hadith yang hampir serupa.
Al-Ghalabi berkata: Yahya Bin Ma’in berkata: Awal hadith ini benar, tetapi akhirnya batil. Al-Falas berkata di dalam sanadnya terdapat perawi pendusta.
Al-Daraqutni meriwayatkan dari Abi Hurairah RA secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), “Rasullullah SAW menegah kami memotong roti”. Sesungguhnya telah diriwayatkan di dalam hadith: “Hendaklah kamu memuliakan roti”, oleh sekumpulan perawi dengan sanad-sanadnya yang tidak boleh dijadikan hujjah, dan Al-Hakim meriwayatkan di dalam kitabnya al-Mustadrak, Al-Hakim berkata: Hadith ini sahih, dan Al-Zahabi memperakuinya dengan sanad seperti ini: Dikhabarkan kepadaku oleh Abu Yahya Ahmad Bin Muhammad Bin al-Qasim Al-Samarqandi, diceritakan kepada kami oleh Abu Abdullah Muhammad Bin Nasr, diceritakan kepada kami Muhammad Bin Muhammad al-Marzuk, diceritakan kepada kami oleh Bishru Bin al-Mubarak al-‘Abdiy, diceritakan kepada kami Ghalib al-Qattan, diceritakan kepadaku oleh Karimah Bintu Hashim at-To’iyyah daripada Aisyah RA daripada Nabi SAW, Rasullullah berkata: “Hendaklah kamu memuliakan roti”.
Al-Khatib meriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi SAW): “Selama mana satu kaum meringankan hak roti melainkan Allah menurunkan bala’ kepada mereka dengan kelaparan”.
Ishak Bin Najih al-Malati dituduh mencipta hadith ini.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs