TEKS BAHASA ARAB
حديث: من نسي أن يسمي على طعامه فليقرأ: قل هو الله أحد _ إذا فرغ.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang lupa membaca nama Allah ketika makan sehingga selesainya, maka bacalah: Qul Huwallahu Ahad… apabila dia selesai.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 155-156, hadis nombor 4. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن عدي عن جابر مرفوعا.
قال في اللآلىء: موضوع آفته: من حمزة يعني: النصيبي.
وقد روى له الترمذي وأخرج الحديث أبو نعيم في الحلية وابن السني.
Diriwayatkan oleh Ibn ‘Adi daripada Jabir secara marfu’ (yang disandar kepada Nabi SAW).
Al-Suyuthi berkata di dalam kitab al-La’ali’: Hadith ini palsu, direka oleh Hamzah al-Nasibi.
Al-Tirmizi telah meriwayatkan hadith riwayat Hamzah, Abu Nu‘aim meriwayatkan hadith dalam kitabnya al-Hilyat, begitu juga Ibnu Sunni.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.