TEKS BAHASA ARAB
حديث: الأرز مني وأنا من الأرز _ إلخ.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Nasi dariku dan aku sebahagian daripada nasi… hingga akhir hadith.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 163-164, hadis nombor 29. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال الصغاني: موضوع.
ومن الموضوع: حديث: الأرز في الطعام كأنه سيد القوم.
وكذا: نعم الدواء الأرز .
Al-Saghani berkata: Hadith ini palsu.
Termasuk hadith palsu: “Nasi di dalam makanan umpama penghulu kepada kaum”.
Demikian juga: “Sebaik-baik ubat adalah nasi”.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.