Orang tua dalam kalangan kaumnya seperti Nabi dalam kalangan umatnya

TEKS BAHASA ARAB

الشيخ في قومه كالنبي في أمته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang tua dalam kalangan kaumnya seperti Nabi dalam kalangan umatnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 49, hadis nombor 193. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

ذكره ابن حبان وقال هذا موضوع وجزم بذلك ابن تيمية وابن حجر وذكره السيوطي في الجامع مع قوله إنه صانه عما تفرد به وضاع أو كذاب.

Disebutkan oleh Ibn Hibban dan beliau berkata: “Ini palsu”. Ibn Taimiyyah dan Ibn Hajar menyebutkan secara pasti kepalsuannya. Al-Suyuti telah menyebutkan hadith tersebut dalam al-Jami' beliau, dalam masa yang sama beliau berkata (dalam pendahuluan) bahawa beliau menjaga kitab al-Jami' daripada memasukkan hadith yang diriwayatkan secara bersendirian oleh perawi pereka hadith atau perawi pendusta.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs