Muliakanlah para saksi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أكرموا الشهود، فإن الله يستخرج بهم الحقوق، ويدفع بهم الظلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Muliakanlah para saksi, kerana Allah mengeluarkan dengan mereka hak-hak, dan Dia menolak dengan mereka kezaliman.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 17, hadis nombor 36. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

أورده العقيلي والديلمي وابن عساكر من حديث ابن عباس. وقال السخاوي: غير مرفوع.
والصاغاني: موضوع.

Dibawakan oleh Al-'Uqaili, Al-Dailami dan Ibn 'Asakir dari hadith Ibn 'Abbas. Al-Sakhawi berkata: “Tidak marfu'”.
Al-Saghani berkata: “Palsu”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon