Shahwat golongan wanita berganda berbanding shahwat golongan lelaki

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

شهوة النساء تضاعف على شهوة الرجال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Shahwat golongan wanita berganda berbanding shahwat golongan lelaki.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 49, hadis nombor 190. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

لا يعرف بهذا اللفظ لكن في الحديث “فضلت المرأة على الرجل بتسعة وتسعين جزءا من اللذة ولكن الله أبقى عليها الحياء”.

Tidak diketahui dengan lafaz ini, namun terdapat dalam hadith: “Golongan wanita telah dilebihkan sebanyak 99 bahagian kelazatan berbanding lelaki, namun Allah kekalkan perasaan malu terhadapnya”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon