Solat dibelakang orang alim (mendapat pahala)

TEKS BAHASA ARAB

الصلاة خلف العالم بأربعة آلاف وأربعمائة وأربعين صلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat dibelakang orang alim (mendapat pahala) sebanyak 4440 solat.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 52, hadis nombor 205. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

هو باطل. كما قال ابن حجر والسخاوي. وعند الديلمي، حديث: البر الصلاة خلف رجل ورع مقبولة، والهدية إلى رجل ورع من العبادة، والمذاكرة معه صدقة.

Ia batil sebagaimana disebutkan oleh Ibn Hajar dan al-Sakhawi. Dalam riwayat al-Dailami, hadith: “Solat dibelakang seorang lelaki yang wara’ diterima kebajikan, hadiah kepada seorang lelaki yang wara’ termasuk ibadah dan bermuzakarah bersamanya adalah sedekah”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs