Solat disiang hari, (bacaannya) tidak didengari

TEKS BAHASA ARAB

صلاة النهار عجماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat siang hari adalah tidak didengari, maksudnya (bacaan qurannya) perlahan.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 52, hadis nombor 204. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قال النووي: باطل، لا أصل له ـ أي: في المرفوع ـ وإلا فقد روي من قول مجاهد، وابي عبيدة بن عبد الله بن مسعود وقال: إنه من كلام الحسن البصري.

Al-Nawawi berkata: “Batil, tidak ada asalnya” – iaitu – pada riwayat marfu’. Ini kerana, telah diriwayatkan melalui kata-kata Mujahid dan Abi ‘Ubaidah bin ‘Abdillah bin Mas’ud. Juga beliau berkata: “Ianya melalui ucapan al-Hasan al-Basri”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs