TEKS BAHASA ARAB
التذلل للحق أقرب إلى العز من التعزز بالباطِلِ.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Menundukkan diri kepada kebenaran lebih hampir kepada kemulian berbanding menunjukkan kehebatan terhadap kebatilan.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 29, hadis nombor 134. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Secara marfu' melalui riwayat para pendusta, ia palsu. Hadith tersebut ada sambungan yang tidak disebutkan oleh penulis (al-Suyuti) iaitu: "Dan sesiapa yang menunjukkan kehebatan terhadap kebatilan Allah akan membalas kepadanya dengan kerendahan tanpa kezaliman.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.