Berselawat kepada Nabi SAW adalah lebih baik berbanding membebaskan hamba

TEKS BAHASA ARAB

الصلاة على النبي – صلى الله عليه وسلم – أفضل من عتق الرقاب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berselawat kepada Nabi SAW adalah lebih baik berbanding membebaskan hamba.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 54, hadis nombor 206. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قال ابن جحر: كذب، مختلق. قال السخاوي: يعني إضافته إلى النبي ـ صلى الله عَلَيْهِ وَسلم ـ أي، وإلا فإنه ثابت عن أبي بكر الصديق ـ رضي الله عنه ـ موقوفا.

Ibn Hajar berkata: “Dusta, rekaan”. Al-Sakhawi pula berkata: “Maksudnya jika disandarkannya kepads Nabi SAW, kerana ianya thabit daripada Abi Bakr al-Siddiq RA secara mawquf.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon